Facebook Fan

Monday, 19 February 2018

Sejarah Kajian Migrain

Migrain adalah salah satu penyakit tertua yang pernah direkodkan sejak zaman Babylon (3000SM) dan Mesir kuno (1200SM). Kata migrain berasal dari gabungan perkataan Latin "hemicrania" yang bermaksud "setengah" (hemi) "tengkorak" (crania). Istilah ini mula-mula digunakan oleh Galenus dari Pergamon (Turkey) untuk menggambarkan rasa sakit yang dirasakan di satu sisi kepala semasa migrain. Di samping itu, beliau juga menjelaskan terdapat hubungan antara perut dan otak kerana muntah yang kelihatannya berkaitan dengan migrain.



Sekitar 460SM, Hippocrates mengatakan gangguan visual akan berlaku pada pesakit migrain seperti silauan cahaya dan penglihatan kabur, diikuti sakit dibahagian dahi, mata hidung turun kebawah hingga tengkuk dan bahu berasa kaku. Hippocrates juga mengaitkan migrain dengan wap (gas) dari perut ke arah kepala. Mangsa migrain akan berasa lega sebaik saja muntah dan rasa sakit kepala boleh berkurangan dengan membuang air besar.

Ibnu Sina juga dalam bukunya “Al-Qanun fi at-Tibb” menggambarkan migrain merujuk kepada bagaimana makan, minum, bunyi dan cahaya semua memburukkan rasa sakit semasa migrain. Beliau menggambarkan bagaimana pesakit ini cenderung untuk berehat sendiri di dalam bilik gelap sehingga serangan itu berlalu hilang. Abu Bakr Mohamed Ibn Zakariya R├ózi  (al Razi) juga menyatakan terdapat  hubungan antara migrain dan hormon manusia apabila dia merujuk bagaimana sakit kepala tersebut akan berlaku semasa menopaus, selepas bersalin atau ketika haid.

Pakar neurologi di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Dr. Raymond Azman Ali berkata, migrain melibatkan penguncupan dan pengembangan saluran darah ke otak. Prof. Tan Chong Tin dari Jabatan Neurologi University Hospital berkata, kajian mengenai kejadian sakit kepala di Malaysia menunjukkan 51.9 peratus dan 55.7 peratus penghidap migrain dan sakit kepala akibat ketegangan menyatakan kerana mereka terdedah kepada panas matahari. Migrain boleh menyerang pada sebarang masa walaupun biasanya ini bermula pada usia belasan tahun dan memuncak pada usia antara 35 dan 45 tahun dan kemudian reda. Kajian juga menunjukkan lebih ramai wanita daripada lelaki mengalami migrain dan sakit kepala akibat ketegangan. Ini mungkin disebabkan perubahan hormon yang dialami wanita semasa haid. Wanita yang memakan pil lebih mirip menghidap migrain. Lelaki pula lebih mudah menghidap sakit kepala yang merupakan serangan kuat sesekejap tertumpu sekitaran mata dan ini berlaku beberapa kali dalam sehari selama beberapa bulan.

Berdasarkan kajian ke atas masyarakat Orang Asli, yang tinggal jauh daripada kehidupan moden, mendapati migrain dan sakit kepala akibat ketegangan tidak wujud di kalangan mereka. Ini disahkan oleh pemerhatian doktor bahawa orang yang tinggal di bandar-bandar besar dan yang terpelajar lebih mudah diserang migrain dan sakit kepala.

1 comment:

  1. Bukan semua sakit kepala adalah migraine seperti yg sering siucap oleh rakyat malaysia. Terdapatbanhak penuebab sakit kepala yang biasa berlaku tetapi diabaikan kerana tidak tahu, tidak diperiksa atau disalah diagnos. Migarine hanyalah satu dari pelbagai penyebab saki kepala, dan migraine juga bukan penyebab yg utama. Sakit kepala harus dicari puncanya, dan jika tidak dijumpai punca,dan diperiksa secara fizikal adalah normal termasuk ujian scan kepala, barulah diagnosa migraine boleh dibuat. Bukan sewenang-wenang berkata migraine sebelum swmua pemeriksaan dibuat. Pemeriksaan yg wajib dilalui adalah 1.ketajaman penglihatan / rabun / silau. 2. Pemeriksaan rongga sinus 3. Tekanan darah rwndah / tinggi, 4. ujian gula darah 5. Ujian aras hemoglobin 6. Ketegangan otot bahagian leher dan tengkuk 7. Pemeriksaan telinga. 8. Scan kepala 9. Pemeriksaan gastrik. Hanya selepas segala di atas memberi keputusan yg normal, kita boleh menyebut diagnosa migraine. Jika ada salah satu ujian / pemeriksaan di atas tidak normal, maka masalah itu hendaklah diselesaikan dahulu, tanoa menyebut migraine. Kerana migraine adalah penyakit yg didiagnos terakhir apabila penyebab sakit kepala yg lain tidak dijumpai.

    ReplyDelete