Facebook Fan

Saturday, 24 March 2018

Meningkatkan Sistem Imun Tubuh

Sistem imun berfungsi untuk melawan penyakit. Namun apabila berlaku ketidakseimbangan tenaga dalam tubuh akan melemahkan sistem imun manusia. Aktiviti atau suasana stress di persekitaran juga boleh  menyumbang kepada terjejasnya emosi, mental dan fizikal seterusnya mengakibatkan kemerosotan sistem imun.   Kegagalan sistem imun berperanan dengan baik boleh menyebabkan tubuh manusia terdedah kepada penyakit. 

Oleh itu diet pemakanan sihat, cukup rehat, kawalan stress, bersenam atau urutan terapi yang betul boleh menguatkan sistem imun. Disini saya tunjukkan bagaimana urutan dapat membantu meningkatkan sistem imun manusia mengikut aktiviti harian mereka. Ianya boleh dilakukan sewaktu urutan badan atau bentuk-bentuk urutan lain. Setiap urutan hendaklah dilakukan selama 1 minit diiringi menarik nafas secara dalam dan mengeluarkan nafas secara perlahan-lahan.

A. Sekiranya mereka yang kerap berdiri terlalu lama boleh terganggu jaluran meridian buah pinggang dan pundi kencing. Ini menyebabkan seseorang itu mudah penat dan sakit pinggang. Urut mengikut tertib seperti dibawah,  selama 1 minit setiap titik urutan;
1                                         2                                      3
Titik No. 1 cukup diurut dengan lembut tanpa tekanan kuat.
Titik berada di bahagian clavicle (No. 2)  juga untuk meningkat sistem pernafasan,  melegakan batuk dan merawat anxiety.
Urutan titik No. 3 juga untuk menguatkan meridian buah pinggang dan kaki bengkak. Tetapi Titik No. 3 tidak dibenarkan urut pada ibu hamil. 


B. Mereka yang baring terlalu lama boleh menganggu  jaluran meridian usus kecil dan  paru-paru. Urut mengikut tertib seperti dibawah, selama 1 minit setiap titik urutan;
4                                                    5
Titik-titik urutan ini juga boleh membantu menangani masalah sembelit dan  demam.
Titik Urutan No 4 juga popular sebagai anti radang, legakan sakit gigi, sakit kepala, sakit bahu dan melegakan radangan artritis.  Tetapi Titik No. 4 tidak dibenarkan urut pada ibu hamil. 
Disamping itu Titik No. 5 dapat meredakan kesakitan pada tubuh jika digandingkan urutan pada titik No. 8

C. Mereka yang kerap duduk terlalu lama boleh menganggu sistem meridian perut dan limpa yang boleh mendatangkan simptom anemia dan gangguan sistem penghadaman. Urut selama 1 minit pada titik urutan seperti dibawah;

6           
Urutan disini juga boleh mengurangkan keletihan disebabkan bersukan atau berjalan dengan memperbaharui tenaga pada tubuh.


D. Bagi mata mereka yang kepenatan bekerja atau mengalami tekanan emosi pula berisiko merosakkan meridian usus kecil dan jantung. Gangguan yang melampau boleh menyebabkan ketidakstabilan emosi. Titik ini juga membantu mengurangkan gejala anxiety. Urut selama 1 minit pada titik urutan seperti dibawah;

7
E. Gerakan atau pengunaan tenaga fizikal yang keterlaluan pula boleh menganggu jaluran meridian hempedu dan hati. Inilah yang membuatkan seseorang itu kerap kekejangan otot. Titik ini juga boleh membantu masalah ketegangan mata dan pengsan. Kedudukan titik urutan berada di atas dan bawah tapak kaki seperti dibawah.
8

F. Sekiranya kerap demam dan selsema, amalkan urutan dibahagian dibawah. Menurut manuskrip China "The Yellow Emperor's Classic of Internal Medicine" mengatakan angin masuk dalam tubuh di titik ini. Juga disarankan mengurut disekitar titik ini, belikat dan bahu. 


9

G. Sistem imun juga membantu memperkuatkan sistem urinari, angin badan, sembelit  dan peranakan dengan urutan pada titik dibawah ini;
10


H. Untuk keseimbang sistem imun dan menguatkan keseluruhan tubuh secara umum, titik dibawah adalah sesuai untuk dilakukan urutan untuk tujuan tersebut;

Selain itu, titik ini turut membantu masalah kesakitan di pergelangan tangan dan menguatkan tubuh dari kesan demam.

Gambar asal diambil dari carian Google

No comments:

Post a Comment