Facebook Fan

Tuesday, 17 April 2018

Gangguan Kelenjar Tiroid & Paratiroid

Tiroid mengandungi iodin berfungsi untuk tindakbalas proses serapan dalam badan dan menghasilkan hormon meningkatkan metabolisma badan, pertumbuhan tulang (kalsium), meningkatkan pembinaan protein, membantu mengawal kolesterol dan menyihatkan kulit. Kegagalan Tiroid berfungsi dengan baik boleh menyebabkan kekeringan kulit, pengerasan arteri dan bengkak di muka.

Paratiroid pula berfungsi pengatur kadar kalsium dan fosforus dalam darah. Ketika kadar kalsium dan fosforus di dalam darah terlalu rendah, kelenjar paratiroid mengeluarkan hormon meningkatkan kalsium dengan menyerap kalsium dan fosforus dari tulang. Kelenjar Paratiroid yang tidak normal akan menyebabkan pembekuan darah dan gangguan otot serta saraf.

Gangguan pada kelenjar ini boleh distimulasi dengan urutan pada titik ransangan (berwarna merah) seperti yang ditunjukkan dibawah;


Kebiasaannya, sakit-sakit badan sebelah kiri bermakna titik ransangan ini sakit disebelah kiri. Begitu juga sebaliknya. Boleh urut secara perlahan-lahan sehingga kesakitan dititik itu berkurangan. Titik ini juga penting dalam membantu rawatan sakit-sakit melibatkan gangguan dalaman yang tidak tahu puncanya.

Gangguan pada sistem kelenjar tiroid tidak semestinya kelenjar tiroid mengalami kerosakan. Kepada sesiapa yang sudah mengalami masalah kerosakan kelenjar tiroid, hendaklah merujuk kepada doktor pakar dan mengamalkan pemakanan sihat untuk membantu menangani kerosakan tersebut. Sila rujuk link dibawah:

No comments:

Post a Comment