Facebook Fan

Saturday, 26 May 2018

Seni dalam Pengubatan

Ilmu perubatan tidak sekadar kita mempelajari ubat-ubatan, kemajuan teknologi perubatan atau rawatan semata-mata, ianya juga termasuk hubungan dengan tuhan serta interpersonal termasuk diantara pesakit dan perawat. Aspek-aspek berkaitan hubungan ketuhanan dan interpersonal dalam kerja-kerja rawatan inilah dianggap sebagai seni pengubatan.


Sewaktu pembelajaran formal, bakal-bakal pengamal perubatan diajar menggunakan ubat-ubatan berasaskan bukti. Ini bermakna mereka menggunakan data penyelidikan saintifik yang telah dianalisis dan diterima sebagai fakta. Tetapi adakah ini bermakna setiap pesakit yang kita lihat, bersesuaian dengan menggunakan algoritma ubat berasaskan bukti yang telah dipelajari? Hakikatnya, seni pengubatan adalah sebahagian lagi disamping ubat-ubatan melakukannya. Perubatan berasaskan bukti sains tidak mengajar kita cara menerapkan nilai interpersonal kepada pesakit yang kita lihat. Hanya seni perubatan yang mampu lakukan, seperti merawat pesakit dengan nilai empati, belas kasihan, bersabar, mendidik pesakit dan memahami bahawa setiap pesakit mempunyai kepercayaan dan pemahaman yang mempengaruhi kehidupan mereka.

Sekalipun penyelidikan baru muncul dan ubat-ubatan berasaskan bukti berubah, namun asas seni pengubatan kekal tidak berubah. Disamping itu, pengamal perubatan hendaklah sentiasa memperkemaskan seni kemahiran pengubatan dengan lebih baik.

Seni pengubatan dapat dipelajari melalui pengalaman merawat dan berinteraksi bersama pesakit. Seni pengubatan juga tidak boleh terasing daripada nilai-nilai ihsan dan kepercayaan masyarakat yang berkait rapat dengan agama dan budaya. Malangnya, ramai dalam masyarakat membuat andaian bahawa agama hanya sekadar untuk pengubatan kerohanian. Sedangkan agama Islam sangat memberi perhatian kepada kesihatan jasmani, dimana ianya merupakan satu anugerah nikmat yang Allah berikan. Sebagaimana sabda Nabi saw;

 “Mukmin yang kuat adalah lebih baik dan lebih dicintai Allah berbanding mukmin yang lemah” (Riwayat Ibnu Majah)

No comments:

Post a Comment